Saturday 12 October 2013

Apa itu Solat Tahajjud ??




Solat tahajjud juga dikenali juga sabagai shalatulail. Amalan solat sunat yang paling utama di sisi Islam adalah solat tahajjud seperti sabda Nabi SAW:



“Puasa paling utama selepas puasa Ramadan adalah puasa (sunat) pada bulan Allah, iaitu Muharam, sedangkan solat paling utama selepas solat wajib adalah solat malam (tahajud).” Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Sahihnya, Nombor 1163.


Namun begitu hanya segelintir umat Islam pada masa kini yang prihatin dan mengambil peduli berkaitan pelaksanaan ibadat solat tahajud ini. Majoriti umat Islam lebih memilih untuk tidur.



Tahajjud terbentuk daripada kata dasar hajada bererti tidur dan tahajjada bererti berjaga.



Al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani r.h berkata: “Imam al-Tobari menyatakan tahajjud berjaga selepas tidur terlebih dulu". Menurut Ibn Faris, Al-Mutahajjid bermaksud orang yang solat pada malam hari. 


Menurut al-Kurra’ pula, tahajjud adalah solat malam secara khusus.” Rujuk kitab al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani, Fathul Baari, jilid 6, ms. 203



2 comments:

Terima kasih atas komennya. :)