Tuesday, 31 December 2013

Apa Hukum Sambut Tahun Baru ??





Sempena tahun baru 2014, tergerak hati aku nak tulis blog. Ingatkan aku nak post sebelum 2014, tapi tak sempat. Jadi post ni secara rasminya menjadi post aku yang pertama dalam 2014. Yeay ! haha.  Kita selalu dengar, bila datangnya tahun baru, maka banyaklah maksiat yang di''langsung''kan oleh pasangan-pasangan bercinta. Bercinta laaa sangat (tangan di bahu, juling atas). Yang hairannya, orang Islam tu. Buat malu orang Islam je!


Apa hukum menyambut tahun baru ?



''Haram ke?'' Inilah pertanyaan sesetengah kawan-kawan aku. Sebenarnya sambut tahun baru ni tak haram, yang haramnya cara kita menyambutnya. Kalau kita menyambut dengan perkara maksiat seperti berzina ke minum arak ke apa ke (kalau nak senaraikan tu memang banyak la kan). Namun begitu, syarat-syarat seperti berikut mestilah diambil perhatian dalam sambutannya:-



* Sambutan tersebut dilakukan atas asas adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan. Bagaimanapun jika menyambutnya atas asas adat dan diisi dengan progam yang boleh membawa kesedaran keagamaan seperti kuliah Coutdown ke Ceramah Perdana Tahun Baru dimasjid-masji atau di surau-surau maka ada berpendapat ia adalah HARUS kerana ia termasuk di bawah umum kelebihan majlis ilmu. 




"Adat yang tidak bercanggah dengan Syara' boleh menentukan hukum sesuatu perbuatan dan tindakan"

* Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat.


* Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam. 


* Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara'. Majlis sambutan tahun baru dengan penganjuran majlis ilmu sebagai mengambil sempena cuti umum adalah diharuskan.







Untuk pengetahuan, aku baru tahu hari ni (1.1.2014) sekolah-sekolah di seluruh Johor dah mula persekolah. Buat pertama kalinya aku tidak di samping keluarga semasa tahun baru. Huhu macam sedih je en. Selamat kembali ke sekolah kepada adik-adikku yang masih bersekolah. Sayang korang. Mmmuahh !


Semoga bermanfaat. Wallahu A'lam :)


Saturday, 28 December 2013

Nilai Seorang Isteri Solehah ...


Seorang penceramah mengadakan permainan kecil kepada tetamu di dewan yang sudah berkeluarga dan meminta 1 orang datang ke depan.


PENCERAMAH: ”Tulis 10 nama yang paling rapat dengan anda”
Lalu lelaki tersebut menuliskan 10 nama, ada nama jiran, orang tua, teman kerja, sahabat, anak dan juga isterinya serta seterusnya.

PENCERAMAH: "Sekarang sila pilih 7 di antaranya anda ingin hidup terus bersamanya"

Lelaki itu memadam 3 nama yang ditulisnya tadi.

PENCERAMAH: "Sekarang hapuskan 2 nama lagi, sehingga tinggal 5 nama sahaja di papan tersebut..."

PENCERAMAH : “Hapus 2 nama lagi...”
Maka tinggal 3 nama, iaitu nama orang tua, anak dan isterinya.

Tiba-tiba PENCERAMAH berkata: “Silakan padam 1 nama lagi!”
Lelaki itu dengan perlahan-lahan mengambil keputusan yang sulit dan menghapus nama orang tuanya.

PENCERAMAH : "Silakan pilih 1 nama lagi!"

Lelaki tersebut menjadi bingung. Kemudian mengangkat kapur dan dengan berat hati mulai menghapus nama anaknya dan lelaki itu pun menangis.

PENCERAMAH bertanya kepada lelaki itu, "kenapa kau tidak memilih orang tuamu yang telah melahirkan dan membesarkanmu, tidak juga memilih anak yang darah daging anda sendiri, sedangkan isteri itu dapat kau cari lagi?"


Lalu lelaki itu menjawab:

”Seiring waktu berlalu, orang tua saya akan pergi meninggalkan saya, manakala anak jika sudah dewasa akan berkahwin, dan juga pasti akan meninggalkan saya. Sedangkan yang benar-benar boleh menemani saya dalam hidup ini hanyalah ISTERI saya. Orang tua dan anak bukan saya yang memilih, tapi Tuhan yang menganugerahkannya. Sedangkan ISTERI, sayalah yang memilih dari sekian banyak wanita yang ada di dunia ini.” 





Semoga kita semua boleh mengambil hikmah dari cerita di atas. Sayangilah isteri anda. Kerana isterimu lebih berharga. hehehe.

 Wallahua'lam :)

Thursday, 26 December 2013

Nikmat sebuah persahabatan

Assalamualaikum w.b.t sebagai pembuka bicara. Cewah, macam nak bagi ucapan je aku ni. Rasanya aku dah lama tak tulis blog ni. Bukan apa, busy bila dah masuk sem 2. Maaf sesiapa yang tertunggu-tunggu post dari aku ni (perasan kejap). Post kali ni aku nak ceritakan aktiviti kami ketika cuti Krismas.


Sebenarnya aku cakap banyak lagi pasal muqadimah ni, tapi tak perlulah. Aku rasa ni my first post yang menceritakan tentang pengalaman. Okay, kita lurus kepada titik terus. Kami terdiri daripada aku, Umair, Apeng, Syuk, Is, Dolly, Zaki, Sanu, Asri, Paan, Syaidi, Epul, Rawi, Nabil dan Hisyam (cukup tak 15? okay cukup) telah mengisi cuti kami dengan . . .


First and foremost, kami pergi futsal kat Desa Ilmu tu je haaa. Dekat depan Petronas. Kami gerak dalam pukul 5 dengan kekuatan ahli 15 orang 3 buah kereta siap diuji Tuan ! Da sampai tu, tunggu apa lagi? main laaa. Main, main, main masa pun tamat. Pergh, penat jangan cakap ahh, tak cukup jantung rasanya.





Ni court futsal. satu team enam orang. Lantai carpet tau. Haaa. Ni first time aku main kat lantai karpet, selama ni aku main lantai simen je.




Ni time nak balik. Budak ni nama Asri. Jangan pandang lama-lama yang sebelah tu. Haha, tak sengaja !Time nak balik tu, bermulalah kisah malang kami. Malang tak malang sangatlah. Kereta aku sewa tu tak boleh start ! Tapi kitorang lek lek tenang je. Mulalah budak ni bukak but depan tengok tu tengok ni. Sampai tolak kereta. Enjin tetap tak hidup.





Nampak tak? Tadi kereta kitorang kat mana sekarang kat mana. Ni lepas kami tolak. Last2, Syuk telefon owner ni. Nak tahu dia kata apa? Haha. Janji korang jangan ketawa. Dia kata tu security. HAHAHAHA! Pergh, kitorang punyalah risau sampai bukak but depan, sampai tolak bagai. Abang tu kata kalau nak bukak pintu guna remote jangan guna kunci. Kereta kancil je kut, bukan Mercedes pun. Rasa nak bagi 5 bintang je untuk lawak ni.


Lepas tu, kami pulang ke kolej untuk bersiap-siap nak jalan-jalan malam ni (jalan la sangat). Kami rancang bertolak selepas Isyak. Okay, lepas Isyak kitorang gerak makan kat Waterfornt. Lepas makan, pergi Mira Cake House. Bukan nak beli kek lapis pun, nak makan tester je. Jahat tak kitorang? Jahat tiru perangai kami. Akak kedai tu juling je kat kami.





Lepas makan kek lapis free, kami rancang nak balik sebab tak nak balik kolej selepas jam 12. Entah macam mana diorang boleh nak pergi wayang. Aku pun ikut je laa. Kami pergi MBO, The Spring. Da siap parking semua, pergilah kat tempat wayang tu. Alangkah kecewanya kami apabila melihat . . . 





Tutup ! haha. Da tutup tu tak tahu nak buat apa. Mulalah kami meroyan kat situ. Ada yang nak karaoke tapi mahal. Satu kepala rm 10. Yang takde kepala tu masuk free je laa. Tapi bila check balik, kami semua berkepala. So tak jadi nak karok.





Lepas buang masa dalam beberapa minit, kami pun gerak balik. Sebelum balik tu aku sempat la amik gambar sikit. Takkanlah balik dengan tangan kosongkannnn? Haha.




Okay, part ni aku nak cerita kisah malang kami. Memang benar malang tu berbau. Wangi mahupun busuk. Dalam perjalanan pulang tu, tiba-tiba. . . . .(suspen tak?). Tiba-tiba kereta yang aku naik tu terlanggar lubang dan kami perasan ada sesuatu yang pecah dan melayang ke belakang. Kami pun berhentilaa kat tepi jalan untuk tengok apa yang pecah kat kereta kami. Dah la kereta sewa kan, siapa tak cuak. Alhamdulillah takde apa-apa, TETAPI kereta rakan kami di belakang pula ada masalah. Wowowo, masalah yang mengorbankan duit dan harta. Cover tayar melayang dan rim tayar bengkok. Tak lama kemudian, hadir satu van putih. Nak tahu van putih tu van apa? Bukan van jenazahlaa, van polis. Masing-masing tunjuk muka cuak  Polis tu tanya 

"Pahal ni?''
''Takde apa-apa. Kami baru lepas langgar lubang. Nak amik cover dia"
"Ohh, lubang tu bahaya. Petang tadi ada orang terbabas langgar lubang tu. Semalam pula ada orang accident. Hati-hati sikit"
"Ouh, jadi lubang tu dah lama la?"
"Hurm, ni nak pergi mana ni?"
"Nak balik kolej"
"Okay, hati-hati sikit tengah malam ni"





Ni gambar sementara kawan pergi ambil cover tayar. Bila dah settle semua kami pun balik lalu pintu pagar Kampus Barat. Macam biasa kena tulis nama. Sampai bilik terus aku tidur. 

Sekian tu je laa kisah aku untuk kali ni. Tapi aku takkan laa post tanpa isi atau pengajaran untuk diambil. Beginilah kisah ramai sahabat. Kami semua sepakat untuk berkongsi duit untuk membantu kawan kami yang kena ganti rim tayar tu. Total ganti rugi RM2++. Apa-apa pun, aku percaya ada himah yang tersembunyi sebalik kejadian ini.  






"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.Sahabat sejati menjadi pendorong impian.Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah"

Semoga bermanfaat. Wassalam :) 

Thursday, 5 December 2013

Hikmah dan Kelebihan Hari Jumaat



Assalamualaikum,

Sebelum tu mesti kena cerita sikit, te dop ? Untuk pengetahuan kini dan selamanya, cuti mingguan di negeri Johor Darul Takzim, negeri tumpahnya darah den ni haa, pada hari Jumaat dan Sabtu akan dikuatkuasakan pada 1 Januari 2014. Sultan Johor mahukan rakyatnya melebihkan ibadah pada hari Jumaat. 

Sebelum ni, kebanyakkan orang berlumba-lumba untuk balik awal selepas selesai sahaja memberi salam kedua soalat Jumaat. Tak sempat nak berdoa, untuk mengejar masa. Yelakan, nanti kena marah dengan majikan pula, tak pasal-pasal gaji kena potong. 

Harapnya, selepas diisytiharkan cuti pada hari Jumaat, perkara sebegi ni dapat diubah. KALAU, masih sebegini, alangkah kecewanya Baginda Sultan Johor. Dan ada yang mempersoalkan, kenapa tak satu Malaysia je cuti hari Jumaat? hahaha. Tak nak komen panjang-panjang.





Menurut hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah, “Jumaat dinamakan sebagai ‘Sayyidul Aiyam’ iaitu Penghulu segala hari (hari yang sebaik hari)”




Berikut ialah beberapa Fadilat berkaitan hari Jumaat, iaitu penghulu bagi segala hari:


* Al-Bazzar meriwayatkan bahawa Nabi biasa memotong kuku dan menggunting misai sebelum keluar untuk solat Jumaat.




* Nabi Muhammad s.a.w bersabda, “Siapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam.”

* Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Kudri bermaksud, “Sesiapa yang membaca Surah Al-kahfi pada hari Jumaat Allah menerangi hidupnya antara dua jumaat”


* Sesiapa yang membaca Surah Yasin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.


* Nabi Muhammad s.a.w bersabda, “Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum sembahyang Subuh Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut.”



* Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Abi Khatadah bermaksud. “sesiapa yang mandi sunat pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih sehingga jumaat akan datang”.


* Dari Abu Hurairah katanya, dia mendengar Nabi bersabda, “Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat, melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya.”




* Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab doa; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga.




* Nabi Muhammad s.a.w bersabda, “Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik (memadai) tetapi siapa yang mandi maka adalah terlebih baik.”




* Nabi Muhammad bersabda, ” Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku kerana bacaan selawatmu itu langsung disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat).”

*tak kena sambar petir, kena patuk ular pun jadilah*

Semoga bermanfaat. Wallahua'lam (: