Wednesday 4 December 2013

Jom Latih Minda !


Sudah bersedia? Anda boleh mulakan sekarang!

  • Ada 5 buah rumah yang masing-masing memiliki warna berbeza.
  • Setiap rumah dihuni seorang lelaki dengan bangsa yang berbeza-beza.
  • Setiap penghuni menyukai satu jenis minuman tertentu.
  • setiap mereka merokok rokok berlainan dan memelihara satu jenis haiwan tertentu.
  • Tidak ada satupun dari kelima orang tersebut yang minum minuman yang sama, merokok rokok yang sama dan memelihara haiwan yang sama seperti penghuni yang lain.

SOALANNYA : SIAPAKAH YANG MEMELIHARA IKAN ??

*milik siapakah ikan ini, wajah lembut bagaikan sutera*


Antara petunjuk yang di beri :


1. Orang Inggris tinggal di dalam rumah berwarna merah.
2. Orang Sweden memelihara anjing.
3. Orang Denmark suka minum teh.
4. Rumah berwarna hijau terletak tepat disebelah kiri rumah berwarna putih.
5. Penghuni rumah berwarna hijau suka minum kopi.
6. Orang yang merokok PallMall memelihara burung.
7. Penghuni rumah yang terletak di tengah-tengah suka minum susu.
8. Penghuni rumah berwarna kuning merokok Dunhill.
9. Orang Norway tinggal dirumah pertama.
10. Orang yang merokok Marlboro tinggal disebelah orang yang memelihara kucing.
11. Orang yang memelihara kuda tinggal disebelah orang yang merokok Dunhill.
12. Orang yang merokok Winfield suka minum bir.
13. Disebelah rumah berwarna biru tinggal orang Norway.
14. Orang Jerman merokok Rothmans.
15. Orang yang merokok Marlboro berjiran dengan orang yang minum air.


? ? ? ? ? ? ? ?


Untuk menjawab soalan ni kalian memerlukan pen dan kertas, agak sukar untuk imagine sahaja. api kalau dah genius tu just imagine je laa, banyak cekadak pulak. hehe. 

Banyak berfikir boleh menguatkan daya ingatan. Selamat berfikir !


Sumber: Soalan Olimpiad Matematik Kebangsaan MRSM kut rasanyaa (copy paste dari member yg masuk olimpiad je bukan jadi peserta pun. hihihi)


Jawapan: Jerman. (Jawapan tak penting, yang penting anda berfikir. Haaa)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komennya. :)