Thursday 5 December 2013

Hikmah dan Kelebihan Hari Jumaat



Assalamualaikum,

Sebelum tu mesti kena cerita sikit, te dop ? Untuk pengetahuan kini dan selamanya, cuti mingguan di negeri Johor Darul Takzim, negeri tumpahnya darah den ni haa, pada hari Jumaat dan Sabtu akan dikuatkuasakan pada 1 Januari 2014. Sultan Johor mahukan rakyatnya melebihkan ibadah pada hari Jumaat. 

Sebelum ni, kebanyakkan orang berlumba-lumba untuk balik awal selepas selesai sahaja memberi salam kedua soalat Jumaat. Tak sempat nak berdoa, untuk mengejar masa. Yelakan, nanti kena marah dengan majikan pula, tak pasal-pasal gaji kena potong. 

Harapnya, selepas diisytiharkan cuti pada hari Jumaat, perkara sebegi ni dapat diubah. KALAU, masih sebegini, alangkah kecewanya Baginda Sultan Johor. Dan ada yang mempersoalkan, kenapa tak satu Malaysia je cuti hari Jumaat? hahaha. Tak nak komen panjang-panjang.





Menurut hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah, “Jumaat dinamakan sebagai ‘Sayyidul Aiyam’ iaitu Penghulu segala hari (hari yang sebaik hari)”




Berikut ialah beberapa Fadilat berkaitan hari Jumaat, iaitu penghulu bagi segala hari:


* Al-Bazzar meriwayatkan bahawa Nabi biasa memotong kuku dan menggunting misai sebelum keluar untuk solat Jumaat.




* Nabi Muhammad s.a.w bersabda, “Siapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam.”

* Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Kudri bermaksud, “Sesiapa yang membaca Surah Al-kahfi pada hari Jumaat Allah menerangi hidupnya antara dua jumaat”


* Sesiapa yang membaca Surah Yasin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.


* Nabi Muhammad s.a.w bersabda, “Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum sembahyang Subuh Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut.”



* Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Abi Khatadah bermaksud. “sesiapa yang mandi sunat pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih sehingga jumaat akan datang”.


* Dari Abu Hurairah katanya, dia mendengar Nabi bersabda, “Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat, melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya.”




* Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab doa; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga.




* Nabi Muhammad s.a.w bersabda, “Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik (memadai) tetapi siapa yang mandi maka adalah terlebih baik.”




* Nabi Muhammad bersabda, ” Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku kerana bacaan selawatmu itu langsung disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat).”

*tak kena sambar petir, kena patuk ular pun jadilah*

Semoga bermanfaat. Wallahua'lam (:

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komennya. :)