Saturday 9 May 2015

Hipokrit??

Hasil carian imej untuk hipokrit


Hipokrit tu mende beb?

Kalau korang nak tahu, hipokrit ni sifat terkeji lagi tercela di sisi Allah. Allah sangat marah kat orang hipokrit ni. Allah benci, tak suka dan sewaktu dengannya. Bukan Allah je, kita pun tak suka orang hipokrit! Tapi hopokrit tu mende? (dari tadi tanya)

Okay, actually hipokrit ni..

"Bila depan orang dia berpura-pura baik padahal dia TAK SUKA kebaikan tu, dan bila belakang orang dia jahat padahal dia memang SUKA kejahatan tu"

Okay faham??


Cara senang nak detect orang ni hipokrit ke tak, senang  je. Tengok 3 ciri ni;

  1. Berlakon buat baik (alim kucing meow meow)
  2. Buat baik sebab terpaksa, sebab nak org puji, sebab nak pikat hati muslimah. konon,,,,
  3. Cinta dan sayangkan kejahatan dan maksiat 
Saidina Umar pernah berkata;
"Orang yang aku paling takut orang yang fasih lidahnya tapi busuk hatinya"

Pergh bapak ahh. Sentap beb!

Tapi orang kita selalu salah faham

Tapi apa yang kita selalu faham, hipokrit tu "Bila depan orang buat baik, belakang orang jahat". tapi kita tak kaitkan hati orang tu, kita just judge luaran je. Nak jadi apa korang ni? ish ish ish!!

Now aku nak jelaskan orang yang nampak macam hipokrit tapi sebenarnya dia TAK hipokrit..

"Bila depan orang buat baik dan at the same time dia memang SUKA kebaikan tu. Bila belakang orang dia jahat padal dia BENCI kejahatan tu"
Jelas dan terang???

Cara nak detect orang tak hipokrit;

  1. Bersungguh nak buat baik bila ada suasana 
  2. Cintakan kebaikan dan berharap nak kekal dalam kebaikan
  3. Benci gila bapak akan maksiat dan dosa
  4. Bila buat maksiat, rasa menyesal gila-gila dan bertaubat
Beb, memang susah kita nak jadi baik macam 7Eleven (24jam), kadang-kadang kita terjatuh (bukan jatuh cinta or jatuh tangga) sebab kita bukan malaikat. Jadi bila kita nampak orang baik buat jahat, jangan terus judge dia hipokrit. Sesungguhnya dia sedang terjatuh disebabkan suasana.

Hasil carian imej untuk hipokrit

Renungi kisah ni.. 

Seorang sahabat bernama Hanzalah. Ada sekali tu dia balik masjid. Sampai rumah je dia ketawa terbahak-bahak macam ketua 40 penyamun bersama isteri dan anak. Lalu terdetik dalam hati dia
"Eh aku ni baru je balik masjid. Kat masjid tadi aku bersama sahabat-sahabat soleh, aku jadi baik je. Rasa seperti iman aku bertambah. Tapi bila sampai rumah, aku ketawa macamni?? Munafiqkah aku?"
Lalu dia jerit kat luar rumah;
"Aku munafiq!! Aku munafiq!! Aku munafiq!!" 
Then muncullah Abu Bakar lalu berkata;
"Pahal ni beb? Tetiba mengaku munafiq. Okay tak ni?" (kira macamni laa bila diconvert ke bahasa kita)
Hanzalah menjawab;
 "Tadi aku masjid aku baik, tapi bila kat rumah aku boleh ketawa terbahak seperti hilang akal"
Abu Bakar membalas;
"Ya Allah, samalah kita beb. Aku pun sama macam kau, Ntah-ntah aku pun munafiq kott"
Lalu mereka berjumpa Nabi dan bertanya masalah mereka. Nabi pun bersabda;
"Demi Allah, kalau setiap saat kau rasa iman kau sentiasa meningkat seperti ketika kau bersama-sama dengan aku, nescaya para malaikat akan turun mengucapkan salam tapi Hanzalah, benda tu jarang berlaku"
Jadi konklusinya

Jangan rasa down bila orang kata kita ni hipokrit. Kau sendiri yang tahu bahawa diri kau ni hipokrit ke tak (berdasar definisi di atas). Kadang kita buat jahat belakang orang tu disebabkan suasana dan pengaruh rakan. Jadi jauhilah rakan yang TAK GUNA! Semoga terus bangkit untuk berubah dan jangan sesekali down bila dikatakan hipokrit.

Semoga bermanfaat. Wallahua'lam :)

Sumber:Tarbiah Sentap
 
 
 

Friday 2 January 2015

Nukilan Buatmu Rasullullah


Ya Rasullullah  
Saat ini aku ingin bercerita 
Dengan segala puji bagi Allah 
Izinkan aku mulai buka bicara


Ya Rasulullah 
Mengenangkan dirimu  
Hati ini lalu tersenyum 
Walau tak ku temu dirimu 
Namun kau pasti menjadi ingatan  
Jauh di lubuk hatiku


Ya Rasulullah 
Kalau kami duduk-duduk  
Bersembang akan dirimu 
Hati ini berombak  
Mata ini berkaca 
Bertakung air jernih lalu jatuh 
Mengenangkan pegrobananmu 
Dalam meluaskan dakwah 
Tak kenal jemu  
Tak kenal lelah 
Di hina di caci 
Di tuduh gila 
Di lempar batu 
Namun kau balasinya dengan doa


Ya Rasulullah 
Sungguh aku merindukanmu Ya Habiballah 
Nadi-nadi bergerak pantas 
Terasa kembang kuncup jantung ini 
Benak hati ini membengkak 
Kerana telah sekian lama  
Riinduku tersimpan rapi


Wahai kekasih Allah 
Telah berkali-kali aku menukil 
Namun tetap saja kata ini  
Tidak mampu merungkai dirimu 
Tiada kata-kata dapat menggambarkan kesempurnaanmu


Ya Rasulullah 
Diri ini tertunduk malu 
Kecintaanmu buat umat 
Tiada berpenghujung 
Sering saja kami gagal  
Dalam membalas cintamu itu


Ya Rasulullah 
Maafkan diri kami 
Andai hati kami 
Belum pernah sempurna mencintaimu
Rasul ku tercinta 
Tahukah dikau begitu mulia 
Namamu begitu indah untuk diabaikan 
Dirimu begitu berharga untuk dilupakan 
Mustahil insan sepertimuHilang dari ingatan


Ya Rasulullah 
Dikaulah suri teladan 
Dikaulah penyejuk jiwa 
Dikaulah yang dijanjikan Syurga 
Dikau satu-satunya insan tiada dosa 
Tiada Nabi setelah kewafatanmu 
Dikaulah utusan terakhir dari Allah


Ya Rasulullah 
Ingin sekali aku bertemu dirimu 
Menatap cahaya di wajahmu 
Berbaris panjang sebagai umatmu 
Dengan kedua tangan meminta syafaat darimu 
Untuk bersamamu selamaya di Syurga



Allahuma Solli A'la Muhammad 

Thursday 1 January 2015

Sahabat Syurga



Jangan merajuk .

"Dia suka orang lain. Dia cakap tak payahlah taruh harapan sebab dia taknak. Dia anggap hang kawan ja, tak lebih."

Telefonnya dicampak ke dinding.
Terduduk .
Dia memegang kepalanya.
Ada mutiara jernih mengalir di pipi. Cintanya yang pertama, wanita pertama yang dia suka, menolaknya tanpa memberi peluang untuk dia buktikan cintanya.


Kejam.

"Woi, kau ni dah kenapa?"

Tanya temannya, Anas yang kebetulan lalu di bilik Khai.

"Kenapa Allah kejam sangat dekat aku?"

Anas tersenyum.
Kenal sangat dengan sahabatnya yang sorang ni.
Susah jatuh cinta, tapi bila dah suka, terluka. Pertama kali pula.

"Allah tak kejam."

"Habis tu kenapa Dia buat aku macam ni?"

"Apa yang Dia buat?"
Tanya Anas seolah-olah tidak mengerti.

"Kau tahu kan yang aku suka Wardah?"

"Ha. So?"

"Wardah tolak aku. Tolak sampai jatuh pulak tu. Sakit."

"Hahahahhahahahhahaha. Kelakar kau ni. Sedih aku tengok."

"Pehal kau gelak?"

"Hanya sebab ni, kau cakap Allah kejam?"

".............."

Futur.

Kadang manusia boleh hilang pertimbangan kepada Tuhan,
hanya kerana secebis ujian.

Sedih.

Siapa kita nak cakap Allah kejam?
Kejam?
Udara yang kau sedut, siapa
punya?
Nikmat kesihatan tubuh badan, siapa punya?
Makanan, rezeki kau dapat, siapa punya?
Okay bagitahu, apa yang dekat dunia ni, kau punya?

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang hendak kamu dustakan?"

Ayat di atas dipetik daripada
surah ar Rahman, Allah ulang ayat yang ni sebanyak 31 kali dalam surah tersebut.

"Takkan sebab cinta yang belum pasti, yang belum tentu kau miliki, kau merajuk dengan kerja Ilahi?"

"........."

"Okay macam ni. Umur kau
sekarang 18 tahun. Kalau kau dapat dia, apa yang kau buat?"

"......."

"Kahwin?"

Terdiam Khai.

Tak pernah dia terfikir.

"Weh kawan, kau yakin ke kau akan kahwin walaupun bukan dengan dia?"

"Er?"

"Jadi itu Allah dah tetapkan. Tapi belum tentu kau akan kahwin."

"Ayat keling apa hang ni?"

"Kalau hang mati sebelum tiba jodoh, guane?"

Tersentak Khai.

Mati ?
Amalnya belum cukup.
Cinta itu fitrah.
Jadi landaskannya pada jalan Allah.
Jangan pernah mengalah, kerana Syaitan tak pernah mengalah goda kita dekati zina.

Nak dia ?
Berdoalah pada Dia.

"Bro, tulang rusuk takkan tertukar."

Dihadamnya kata-kata Anas .

Diam.

Lama.

"Weh."

"Ha?"

"Jangan tinggal aku."

"Ingat derr, hubungan kita dekat dunia akan putus bila nyawa aku dah takdak. Selagi ada, adalah aku."

"Ingat janji kau dulu?"

"Apa?"

"Nanti jangan lupa, lepak sama-sama dekat Syurga?"

"Haha, ya. Aku ingat."

Anas memusingkan badannya, membelakangi Khai. Air mata jernih mengalir di pipinya.

"Takkan nangis? hahaha."

"Mana ada. Gajah masuk mata ni."

Beringatlah.
Cintakan Pemilik Cinta, baru
cintakan peminjam cinta.
Allah dah tetapkan jodoh kita,
sejak dalam kandungan ibu lagi.
Buatpa kalut kalut peningkan kepala cari?

"Weh Khai."

"Apa tak guna?"

"Haha lama kau tak panggil aku macamtu. Em aku nak pesan ni."

"Mende?"

"Nanti bila kau dah masuk Syurga, dan kau tengok aku takdak kat sana, tolong. Gapai tangan aku dekat neraka, pimpin aku ke SyurgaNya?"

"Kau merepek ape ni?"

"Ya, sahabat yang soleh boleh bantu sahabatnya. Tolong?"

"Sepatutnya aku yang pesan dekat kau macamni."

"Sama sama pesan?"

"Haha ya. Sama sama pesan."

Kadang, tanpa kita sedar.
Persahabatan itu lebih indah daripada percintaan.

Ukhwah yang terbina kerananya, takkan pernah lekang dek apa pun.
Memori, takkan pernah hilang.

"Jom Khai, aku lapar ni. Cendol pulut bawah titi jom?"

"Macam biasa?"

"Ya, macam biasa. Aku belanja."

"Haha jom. Dah. Tinggalkan apa yang Allah tak suka, Allah akan gantikannya dengan apa yang Dia redha."

"InsyaAllah. Thanks."

Kawan?

Sampai Syurga.