Saturday 30 November 2013

Bukan sembah Kaabah Tapi . . .


Perbualan antara Sharib Dol (bukan nama sebenar) dan Raju (bukan nama sebenar) di sebuah perhentian bas:

*Tirai di buka dan lampu dipancarkan ke atas pentas*




"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.... itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?"

"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak....."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah...... selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."




"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."




"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt walaupun dalam Kaabah tak ada Allah.."

"*mengangguk*"


*tirai dilabuhkan dan para penonton menupuk tangan*



p/s: Kaabah merupakan kiblat bagi manusia di bumi ini. Ia juga melambangkan kesatuan manusia dan perpaduan ummah. Hakikat sebenarnya, orang Islam tidak menyembah kaabah, sedangkan kaabah sendiri adalah makhluk Allah S.W.T Orang Islam adalah menyembah Allah S.W.T yang Maha Esa. Orang Islam diperintahkan untuk menghadapkan dirinya kepada kaabah bagi menunjukkan perpaduan dan kekuatan.

Jom kita bayangkan orang yang solat di atas kapal terbang, adakah dia perlu berbongkok untuk mengadap kaabah yang berada di bawah? Tidak, bahkan dia wajib untuk berdiri tegak dan perlu mengadap kaabah pada permulaan solat sahaja. Jika kapal terbang itu berpusing ke arah bertentangan Kaabah, orang yang bersolat itu tidak perlu lagi berpusing ke arah kaabah. Solatnya sudah sah walaupun tidak mengadap kaabah. Wallahu'Alam.


Friday 29 November 2013

Marah, bukan marah-marah !!

CONTOH situasi memerlukan marah dalam mendidik anak:


1. Anak (lebih-lebih lagi yang sudah melewati usia 10 tahun) TIDAK MENUNAIKAN SOLAT.




comel je budak ni solat sebelah ayahnya


2. Anak perempuan TIDAK MENUTUP AURAT di luar rumah ataupun ketika keberadaan bukan mahram     di dalam rumah.




bakal empat isteri pilihan. cett !


3. Anak lelaki pulang bermain bola LEWAT PETANG sampainya di rumah ketika azan Maghrib sudah             berkumandang.


balik la jang huii. dah azan tu haa


4. Anak perempuan memakai PAKAIAN KETAT walaupun menutupi kulit seluruh badan.


nak pakai boleh tapi wajib pakai kain di luarnya


5. Anak MENENGKING ataupun meninggikan suara dengan ibu bapa.



hormatilah ibu bapa selagi mereka masih ada



Ini hanya sebahagian sahaja contoh situasi yang memerlukan marah. Banyak lagi situasi marah yang bertujuan untuk mendidik anak. Semoga ilmu ini bermanfaat untuk anda semua. Ingat! Marah bukan marah-marah. Akhir kalam, sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri lu pikir la sendiri. Waalasam.

Sumber: Ditaip semula daripada majalah IMAN bil. 20.


Thursday 28 November 2013

Tahukah anda ????


Jom tambah pengetahuan semasa.

Assalamualaikum semua. Cuti semester yang membosan hanya diisi dengan menulis blog. Seminggu je lagi masa untuk bercuti di rumah. Kemudian meneruskan perjuangan di UNIMAS, Sarawak. Setelah beberapa hari memikirkan fakta ini, akhirnya aku post kat blog ni. Kebanyakan fakta di bawah berdasarkan konsep Fizik. Selamat berfikir...


1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas  dalam pembinaan sebuah helikopter. Berdasarkan kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut  tidak dapat disiapkan.



3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 4 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan


Salah satu contoh kereta dipandu 220 km/j

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini  pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga bleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama  digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.


Ini lori tunda bukan magnet tau ?

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh makan lempeng apabila dia berasa lapar.




ini lempeng bukan tempeleng !

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya  selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.



mereka tak pernah memikirkan hal keduniaan yang melalaikan

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat  jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.




p/s : Jika terdapat fakta jangan dilaporkan kepada pihak polis atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Kita boleh berbincang dan selesaikan secara aman. Aku nak kalian berfikir tentang fakta-fakta tersebut kerana berfikir dapat menguatkan daya ingatan kita. Selamat berfikir. Jangana marah haaaa :D