Thursday 28 November 2013

Tahukah anda ????


Jom tambah pengetahuan semasa.

Assalamualaikum semua. Cuti semester yang membosan hanya diisi dengan menulis blog. Seminggu je lagi masa untuk bercuti di rumah. Kemudian meneruskan perjuangan di UNIMAS, Sarawak. Setelah beberapa hari memikirkan fakta ini, akhirnya aku post kat blog ni. Kebanyakan fakta di bawah berdasarkan konsep Fizik. Selamat berfikir...


1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas  dalam pembinaan sebuah helikopter. Berdasarkan kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut  tidak dapat disiapkan.



3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 4 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan


Salah satu contoh kereta dipandu 220 km/j

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini  pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga bleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama  digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.


Ini lori tunda bukan magnet tau ?

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh makan lempeng apabila dia berasa lapar.




ini lempeng bukan tempeleng !

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya  selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.



mereka tak pernah memikirkan hal keduniaan yang melalaikan

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat  jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.




p/s : Jika terdapat fakta jangan dilaporkan kepada pihak polis atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Kita boleh berbincang dan selesaikan secara aman. Aku nak kalian berfikir tentang fakta-fakta tersebut kerana berfikir dapat menguatkan daya ingatan kita. Selamat berfikir. Jangana marah haaaa :D 


6 comments:

Terima kasih atas komennya. :)