Jom tambah pengetahuan semasa.
Assalamualaikum semua. Cuti semester yang membosan hanya diisi dengan menulis blog. Seminggu je lagi masa untuk bercuti di rumah. Kemudian meneruskan perjuangan di UNIMAS, Sarawak. Setelah beberapa hari memikirkan fakta ini, akhirnya aku post kat blog ni. Kebanyakan fakta di bawah berdasarkan konsep Fizik. Selamat berfikir...
1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.
2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Berdasarkan kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.
2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Berdasarkan kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.
Salah satu contoh kereta dipandu 220 km/j
5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.
6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
Ini lori tunda bukan magnet tau ?
8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.
9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.
10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh makan lempeng apabila dia berasa lapar.
ini lempeng bukan tempeleng !
11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.
12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
mereka tak pernah memikirkan hal keduniaan yang melalaikan
p/s : Jika terdapat fakta jangan dilaporkan kepada pihak polis atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Kita boleh berbincang dan selesaikan secara aman. Aku nak kalian berfikir tentang fakta-fakta tersebut kerana berfikir dapat menguatkan daya ingatan kita. Selamat berfikir. Jangana marah haaaa :D
ok kelakar. haha
ReplyDeletehahaha . bosan takde kerja .
Deleteseminggu je bosan. :P
Deleteidea sendiri ke?
ReplyDeletetak sepenuhnya. ada copy paste jugak. hehee
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete