Wednesday 20 November 2013

Aurat lelaki Macho ..


Assalamualaikum,
Hadis riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : “ Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang lain. Tidak boleh dua orang lelaki berada ( tidur ) dalam satu selimut demikian juga dengan wanita dilarang berbuat demikian”.


Ulama mempunyai pelbagai pendapat dalam hal had atau batas aurat lelaki ini;

1. Imam Hanafi dan Imam Hambali berpendapat : ” Lelaki diwajibkan menutup auratnya di antara pusat hingga lutut daripada dilihat oleh lelaki atau perempuan yang bukan mahramnya kecuali kepada isterinya. Selain dari isterinya diharamkan melihat aurat di antara pusat hingga lututnya”.



Isteri boleh (harus) melihat aurat suami kecuali pada kemaluan kerana melihat kemaluan masing-maisng adalah MAKRUH.





2. Imam maliki dan Imam Syafi’ie berpendapat : ” Aurat lelaki ada dua keadaan : (1) Auratnya dengan sesama lelaki dan perempuan yang mahram dengannya. Auratnya ialah di antara pusat hingga lutut sahaja. (2) Auratnya dengan perempuan yang bukan mahramnya. Auratnya adalah seluruh tubuh badannya. (Rujuk al-Fiqh ’Ala al-Mazahib Al-Arba’ah, jilid 1 dalam bab Mabhas Sitr Al Aurah).



Semudah-mudah aurat lelaki pun masih ada yang tak nak tutup. Sebab apa? Berlagak? Sombong? Arrogant? (Bukan Mr Arrogant tau). Yang perempuan, jangan nak happy sangat, part kalian akan menyusul nanti. Semestinya pesanan ini bukan khas untuk lelaki sahaja, untuk perempuan juga. Kerana apa? Kerana kalian juga ada datuk, ayah, abang, adik lelaki, Pak Long, Pak Sarip Dol, bapa tiri, bapa angkat, suami dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya.


Dan dan dan, belum habis lagi, pesanan ini juga untuk diriku jua yang terkadang terlupa. Semoga bermanfaat. Wallahua'lam :)  

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komennya. :)