Sunday 24 November 2013

Mutiara Kata Saidina Ali Abi Thalib



  • Peringatan buat dirimu yang mana pasar itu adalah suatu tempat yang boleh merosakkan akhlak. 
  • Sesuatu yang hendak dicapai oleh keelokan budi pekerti itu adalah rasa malu seseorang pada diri sendiri. 
  • Tiada pusaka peninggalan yang lebih bermanfaat daripada elok budi pekerti. 
  • Cucikan hati kamu dengan beradab seperti api membakar kayu. 
  • Sesiapa yang dilantik menjadi pemimpin kepada manusia, maka dia hendaklah mengajar dirinya terlebih dulu sebelum mengajar orang lain. 
  • Dia hendaklah memperelok setiap tindak tanduknya seharian sebelum memperelok lidahnya. 
  • Sesiapa yang mengajar dirinya sendiri serta memperelokkannya lebih layak untuk mendapat kemuliaan daripada mereka yang mengajar dan memperelokkan manusia lain. 
  • Elok pekerti adalah gedung ketika berhajat padanya.
  • Mutu setiap sesuatu itu dinilai pada kebaikannya. 
  • Apabila kamu letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. 
  • Jika kamu berseronok dengan dosa, maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal. 
  • Sekiranya kamu letih kerana melakukan sesuatu yang baik, maka keletihan itu akan hilang dan perbuatan baik yang kamu lakukan terus kekal. 
  • Jika kamu tidak mahu melupakan segala kebaikan yang dilakukan, maka kamu hendaklah mengulangi dalam membuat kebaikan itu. 
  • Ratapilah saudaramu dengan berbuat baik padanya dan jauhilah kejahatannya dengan bersedekah padanya. 
  • Sesuatu yang tidak elok untuk diperkatakan sekalipun ia benar iaitu puji diri sendiri. 
  • Seelok-elok kesihatan itu adalah memberi sesuatu dan ketaatan adalah gedung yang tidak akan musnah. 
  • Dua nikmat yang sering dilupakan adalah kesihatan dan keselamatan. 
  • Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai, tetapi bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti. 
  • Banyak berhutang akan menggelincirkan orang yang benar kepada pendustaan. 
  • Tepati janji adalah kembar kepada benar. 
  • Kemarahan orang yang berakal dilihat pada tindak-tanduknya dan kemarahan yang ada pada orang jahil itu dapat dilihat melalui perkataannya. 
  • Permulaan bagi perasaan marah itu adalah hilang pertimbangan, manakala penghabisannya pula adalah perasaan menyesal. 
  • Tidak dikira lemah lembut jika ia timbul ketika reda, tetapi lemah lembut yang sebenar akan timbul ketika dalam keadaan marah.
  • Sesiapa yang tunduk kepada perasaan marah menyebabkan akhlaknya kurang. 
  • Bagi setiap nikmat ada kunci yang membuka dan menyelaknya. Kunci pembukanya adalah sabar dan kunci penyelaknya adalah malas. 
  • Sesiapa yang malas tidak akan menunaikan tanggungjawabnya. 
  • Ketua kepada kejahilan itu adalah gedung kemalasan



Semoga segala nasihat beliau menjadi pedoman dan panduan kalian semua. Wallahualam. Wassalam.

1 comment:

Terima kasih atas komennya. :)