Tuesday 16 December 2014

Lelaki ketahuilah ...

Apabila seorang perempuan telah jatuh cinta
Lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
Tetapi lelaki itu adalah segalanya dihatinya

Lelaki ketahuilah…
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata
Itu bukan bermakna dia lemah tetapi dia sedang mencari kekuatan
Untuk terus tabah mencintai lelaki itu.
Lelaki ketahuilah…
Apabila seorang perempuan marah
Memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
Tapi percayalah, itu maknanya
Dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh
Tetapi percayalah,
Semakin bertambah sayang mereka pada seseorang
Semakin banyak pula pertelingkahan yang berlaku




Lelaki ketahuilah…
Apabila perempuan bercakap banyak
Dia tidak pernah bermaksud untuk membuatkan anda rimas
Tetapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat
Lelaki ketahuilah…
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah
Itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya
Tetapi dia mahu jadikan anda lebih baik bukan untuk dirinya
Tetapi untuk masa depan anda
Lelaki ketahuilah…
Apabila perempuan cemburu dan tidak mempercayai anda
Bukan bermakna dia tidak sayang tetapi dia terlalu sayangkan anda
Dan masih menganggap anda anak kecil
Yang masih memerlukan sepenuh perhatian
Kadang kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya
Anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi
Naluri keibuannya sangat kuat
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda
Lelaki ketahuilah…
Apabila perempuan merajuk jangan kata dia mengada-ngada
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen
Tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai
Lelaki ketahuilah…
Bila ada seseorang perempuan yang sanggup melepaskan semuanya
Hanya kerana iklas bersama kamu dan sanggup hidup dalam kesusahan 
Kerana ingin menjaga hatimu dan tidak sanggup melihatmu marah itu
Adalah kerana sifat setianya
Lelaki ketahuilah…
Apabila perempuan mengatakan dia rindu sama kamu
Dia memang benar benar maksudkannya
Apabila berjauhan, bayangmu akan sentiasa bermain di mata
Lelaki ketahuilah…
Apabila perempuan menjadi degil
Dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
Tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dgn karenahnya
Percayalah, hati perempuan itu lembut
Jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat
Lelaki ketahuilah…
Apabila perempuan berkata “tinggalkan saya”
Dia tidak bermaksud untuk menyuruh anda pergi selamanya
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja
Apabila dia kembali tenang
Percayalah dia akan mencari kamu semula
Itu tandanya dia benar benar menyintai kamu
Perempuan sukar mengawal perasaan, dia terlalu emosional
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
Dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda
Lelaki ketahuilah….
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu 
Dengan perbezaan tesendiri
Tetapi sekiranya mereka saling memahami
Mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan
Perempuan itu dicipta oleh Allah indah sekali
Disebalik air matanya tersimpan seribu kekuatan
Yang menjadikan seorang lelaki itu berasa selamat bersamanya
Biarpun zahir perempuan itu nampak lemah
Tapi dia punyai kekuatan sendiri yg bisa mengoncang dunia
Dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
Kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
Tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
Dan membuat hidup anda lebih sempurna ...






Wednesday 30 April 2014

Merantaulah...






Orang berilmu dan beradab tak akan diam di kampung halaman, 
Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang, 


Pergilah akan engkau dapatkan pengganti dari kerabat dan teman, 
Berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang. 


Aku melihat air yang diam menjadi rosak kerana diam tertahan, 
Jika mengalir ia menjadi jernih, jika tidak dia akan keruh menggenang, 


Singa tak akan pernah memangsa jika tak tinggalkan sarang, 
Anak panah jika tak tinggalkan busur tak akan kena sasaran, 


Jika saja matahari di orbitnya tak bergerak dan terus diam, 
Tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang, 


Rembulan jika terus-menerus purnama sepanjang zaman, 
Orang-orang tak kan menunggu saat munculnya datang. 


Biji emas bagai tanah biasa sebelum digali dari tambang, 
Setelah diolah dan ditambang manusia ramai merebutkan, 


Kayu gaharu tak ubahnya kayu biasa di dalam hutan, 
Jika dibawa ke kota berubah mahal jadi incaran hartawan.



- Imam Syafi'e -







Tuesday 22 April 2014

Bukan tak nak tegur, tetapi.....


Assalamualaikum, 




Awak, saya selalu nampak awak dengan telefon awak, saya tak tahu awak buat apa,tetapi pada suatu hari, saya nampak telefon awak berdering. Saya nak angkat, tetapi tak jadi apabila saya lihat nama yang tertera:


" Hubby bee calling."

Saya pelik, bila pula awak kahwin ni? Awak perasan saya pegang telefon awak lalu dengan cepat awak ambil dan kata:

"Kenapa? Tak boleh ke couple?"

Tanpa sempat saya menjelaskan awak sudah melarikan diri, awak bukan sahaja melarikan diri daripada saya, awak juga bermasam muka dengan saya walhal saya tak buat apa-apa pun. Mungkin awak terasa dengan tazkirah saya berkaitan dengan couple.

" HARAM COUPLE sekiranya tiada niat untuk berkahwin."

Awak, bukan saya tak mahu tegur, saya cuba untuk slow talk dengan awak, saya berbicara tentang tak elok couple, tetapi apa tindak balas awak?

" Suka hati saya lah nak buat apa pun, hidup saya, bukan hidup awak."

Memang hidup awak, tetapi saya tak mahu suatu hari nanti awak datang berjumpa denga saya di akhirat kelak dan menyalahkan saya:

" Kenapa awak tak tegur saya dulu?"




Awak, bukan saya tak mahu tegur awak, tetapi hati awak yang terlalu sensitif membuatkan saya jadi takut untuk menegur, saya takut teguran saya mengguriskan hati awak.

Awak, saya tengok awak semakin lama semakin jauh dari sejadah,jarang sekali saya nampak awak solat, tetapi apabila saya ajak awak solat, awak cakap apa?

" Itu urusan saya dengan Tuhan, awak nak solat, solatlah, tak payah panggil saya."

Awak, solat tu perkara wajib, jangan mudah-mudah menolak apa yang ALLAH suruh, boleh jadi ALLAH murka nanti.

Awak,saya tengok baju awak semakin lama semakin kecil, saya cuba hadiahkan baju yang lebih besar untuk awak kerana saya fikir awak memerlukannya, tetapi awak cakap apa dekat saya?

" Awak nak sindir saya ke bagi pakai baju besar? Tak suka cara pemakaian saya, tak payah tengok!"

Saya tidak ada niat untuk menyindir pun, tetapi saya hanya mahu membantu sahabat saya daripada dipandang liar oleh lelaki diluar sana.

Awak, saya selalu nampak awak berdua-duaan dengan kekasih awak, apabila saya tegur awak tentang ikhtilat, awak cakap apa?

" Eh, jangan kacau boleh tak? Aku dengan dia tak buat apa-apa pun! Kau susah kenapa ke?"

Awak, saya bukan susah, tetapi saya takut syaitan menghasut awak nanti, Syaitan sekarang semakin lama semakin kuat menghasut, saya tak nak awak terjebak dalam lembah kemaksiatan.

Awak, jangan marah kalau saya tegur, tetapi terimalah dengan hati yang terbuka kerana mungkin ALLAH menghantar saya untuk menegur awak dengan harapan awak berubah suatu hari nanti.

Hanya satu sahaja cara saya yang awak takkan sanggah kembali iaitu berdoa dalam hati, dengan harapan ALLAH makbulkan doa saya.






Semoga bermanfaat. Wallahua'lam :)

Friday 11 April 2014

Harga sebuah IMAN


Assalamualaikum,




Terdapat seorang pemuda yang kaya raya. Memiliki kereta-kereta mewah mercedes dan Ferarri. Perabot-perabot yang mahal belaka. Rumahnya dihisai dengan perhiasan-perhiasan yang sangat cantik. Satu hari, rumahnya telah dimasuki pencuri (pencuri ala-ala macam 40 orang penyamun. hihi..). 




Habis barang dan peralatan dirumahnya dicuri oleh pencuri tersebut. Licin!! Lalu dia mengadu hal ini kepada seorang ustaz.

Pemuda : Ustaz, rumah saya telah dimasuki pencuri.
Ustaz : Jadi barang-barang kamu dicuri tak?
Pemuda : !@#$%^&*. Mestilaa, nama pun pencuri.
Ustaz : Barang je kan dia curi?
Pemuda : Ustaz boleh kata barang je? 
Ustaz : Yelaa, kamu patut bersyukur sebab pencuri tu curi barang je.
Pemuda : Bersyukur kenapa pula, Ustaz?
Ustaz : Sebab iman kamu tidak dicuri. Iman itu sangat berharga berbanding barang-barang kamu yang dicuri itu. Jika pencuri itu tahu berharganya iman, sudah tentu dia tidak mencuri. Ingat, iman itu sangat berharga daripada segalanya, jadi hendaklah kamu bersyukur (tepuk bahu pemuda tersebut sambil tersenyum)

Dipetik dan disunting daripada khutbah Jumaat tadi. 

Semoga bermanfaat.Wallahua'lam :)

Saturday 29 March 2014

ISTIDRAJ, ujian dengan kesenangan.



Assalamualaikum,

Mari ikuti kisah di kisah ini;

Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu , tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama , tangannya segera mengutip syiling itu dan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya. Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya . Lelaki itu menoleh ke kiri ,kanan dan sekelilingnya.Tiada siapa yang berdekatan dengannya . Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.

Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya . Pun sama , dia mengambil dan menyimpannya .
"Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati.
Lelaki itu tidak sedar , logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu.

Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan , cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah. Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas. Lantas , ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah. Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu .Setelah merasa sakit , lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

p/s : Sahabat-sahabatku sekalian, Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling ), rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas utk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. Jadi, jika sentiasa diberi kesenangan dan kemewahan, janganlah kita lupa dari mana punca kesenangan dan kemewahan tersebut. Kadang-kala Allah tidak uji dengan kesusahan, tetapi Dia uji dengan kesenangan. Inilah yang di namakan ISTIDRAJ


Semoga bermanfaat. Wallahua'lam :)

Monday 3 February 2014

Rahsia Anak Kelahiran Januari


Assalamualaikum,

Siapa sini lahir pada bulan Januari? Meh sini aku nak cerita rahsia yang ada pada kita. Kenapa kita? Sebab aku pun lahir pada bulan Januari jugak. Memandangkan bulan Januari da lepas, so birthday korang da lepas la kan untuk tahun ni? Haha. Da lepas, baru la boleh cerita.


Rahsia Bulan Kelahiran – JANUARI


# Bercita-cita tinggi dan orangnya serius

# Suka mendidik dan dididik

# Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik

# Rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan

# Suka smart, kemas dan teratur bersifat sensitif ,berfikiran mendalam

# Pandai mengambil hati org lain pendiam kecuali telah dirangsang

# Agak pemalu

# Mudah mendisiplinkan diri sendiri

# Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema

# Bersikap romantik tetapi tak pandai memperlihatkannya

# Cukup sayang pada kanak-kanak

# Suka duduk rumah

# Setia pada segala-galanya


( Kajian oleh Dato' Haji Fadzilah Kamsah )


Bila tengok-tengok balik diri ni kat cermin, macam ada je semua sifat-sifat di atas. Ada pro dan contra, so aku admit it.


Semoga bermanfaat. Wallahua'lam :)

Thursday 30 January 2014

Hikmah Dilarang Meniup Minuman Panas


Assalamualaikum,

Air panas, kelas dah nak mula, kalau tinggal membazir pula. Nak cepat, kita pun tiup air panas tu kan? kan? kan?


Nabi melarang para sahabatnya meniup air panas yg akan diminum. Ternyata dalam penelitian kajian sains (aku tak tahu la orang Malaysia ke orang barat.. heheh), air panas (H2O) yang bertemu carbodioxide (CO2) yang dihembuskan oleh mulut manusia, maka akan menghasilkan carbonic acid (H2CO3). Dan apabila carbonic acid ini masuk ke dalam tubuh manusia, maka ia boleh mengakibatkan penyakit jantung. SubhanALLAH, rupanya itulah rahsianya. Sekarang dah nampak hikmahnya ?? 

Semoga bermanfaat. Wallauha'lam :)

Friday 24 January 2014

Muka Berseri Menurut Islam


Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Okay, hari ni aku nak cerita pasal petua jaga muka. Ya, memang tak dinafikan semua nak muka cantik, muka handsome, muka ''macam comel je, macam cantik je'', muka ayu, dan muka-muka yang seangkatan dengannya. Siapa tak nak muka cantik/handsome kan. Dengan segala malasnya aku menulis, aku letak jela gambar. Baru menarik sikit nak baca.




Dan dan dan lagi satu dengan ni . . .



In Shaa Allah dengan korang amalkan semua petua ini, muka korang akan berseri. Berseri untuk apa? Bukan untuk pikat boiperang/geliprank, tapi untuk orang berasa senang melihat kita, tenang je melihat kita, sejuk je melihat kita. Bila mereka da senang melihat kita, tenang tengok kita, mestilah senang dia nak berkawan dengan kita. Bila sudah berkawan dengan kita, sudah rapat dengan kita, maka senanglah kita untuk mengajak untuk buat baik, senang untuk berdakwah, senang untuk tegur kesilapan dia. Nampak?


Tapi korang janganlah berharap buat hari ni, lihat hasilnya esok. Memang aku lesing arr laa kan. Tapi tak mustahil jugak, mana tahu keajaiban berlaku. Kan? Tu diaaa. Haha. Kita kena istiqamah. Apa yang pernah dikatakan oleh Rasulullah yang bermaksud;

“Amalan yang paling disukai Allah adalah amalan yang dilakukan secara istiqamah (terus-menerus) walaupun ianya sedikit.” (HR Bukhari dan Muslim)

 Semoga sama-sama kita amalkan. Semoga bermanfaat. Wallahua'lam :)


Tuesday 14 January 2014

Nineteen. My last teen.




Assalamualaikum,

Pada tanggal 8 Januari 1995 bersamaan 15 Syaaban 1415H, jam 0801 telah lahirnya seorang insan bernama Mohammad Hafiz. Eh, masa tu belum ada nama lagi, sehari dua lepas tu baru letak nama. Haha. Okay aku tak tahu nak cerita apa pasal ulang tahun kelahiran aku. Namun, bukan ni tujuan utama aku. Tujuan aku adalah untuk mengingati diri aku sendiri secara tak langsung mengingatkan semua orang. Haaa gituuu. Maaflaa sebab lambat update. Da hampir seminggu yang lepas da punn. Patutnya aku cerita pasal ulang tahun Nabi Muhammd hari ni. Hurmmmm.





Aku bersyukur ke hadarat Illahi kerana masih dilanjutkan usia sehingga ke hari ini. Aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bertaubat. Aku beryukur kerana masih diberi peluang untuk merasa nikamat dunia. Sebenarnya, hari ulang tahun ni adalah peringatan tentang hadirnya kematian. Bukan peringatan bahawa kita ni panjang umur atau hidup selama-lamanya. Kadang-kadang kita terlupa tentang kematian dan sebab itulah wujudnya hari ulang tahun. Tapi bagaimana pulak dengan orang yang lahir 29 Februari?? Adakah dia jarang ingat tentang kematian?? Hahaha. Apa la korang ni. Ada-ada jee.

"Sebaik-baik di kalangan kamu ialah yang panjang umurnya dan baik amalannya" (HR At-Tarmizi & Ahmad)



Hukum memperingati hari lahir bagi umum umat Islam serta menyambutnya adalah harus selagi tiada perkara-perkara yang bercanggah dengan Islam. Bagaimanapun meraikannya dengan doa selamat atau aktiviti lain yang mendekatkan yang menyambut berserta yang disambut sebagai tanda syukur kita kepada Allah SWT itu adalah lebih utama. Pernah buat tak? Alhamdulillah.... 




Sesungguhnya benarlah bahawa manusia itu selalu lalai dan leka dan sering lupa oleh kerana terlalu cintakan dunia dan mengejarnya sedangkan yang dikehendakki ke atas seorang Islam itu ialah senantiasa mengingati mati dan bersedia untuknya.

 Ketahuilah, umur yang dikira daripada tarikh lahir itu hanyalah kayu ukur dan kehadiran sambutannya hadir setiap tahun hanya bagi mengingatkan diri kita akan kematian yang sebenarnya berjalan daripada saat ke saat dan bukannya tahun ke tahun sepertimana adat yang biasa kita amalkan.





 Tapi tu laa, biasanya orang sambut dengan beli kek, baling-baling telur, tepung, dan bahan-bahan lain  untuk membuat kek. Yang paling teruk yang pernah aku tengok sambut birthday dengan air kencing + air longkang + sisa makanan + 
budu + sampah + dll. Pengalaman ni time aku kat asrama la. Sekolah mana dirahsiakan bagi menjga aib. Haha menjaga aib la sangat. Tapi alhamdulillah laa aku tak pernah kena sambut sebegitu teruk walaupun sekadar lempar tepung. Biasalaa budak baik *wekkk*. Aku hanya disambut dengan ni .....


terima kasih kepada siapa yang terlibat


Apa?? Awek bagi? Crush bagi? Peminat bagi? Banyak la kau punya awek, crush, peminat. Ni semua member aku bagi dan diri aku sendiri yang bagi. 


black forest @ hutan gelap


Kek ni kawan aku bagi jugak, Ecar nama dia. First time aku makan Secret Recipe ni. Tak tahu pulak kek ni mahal. Thanks Ecarrr! Hurm jangan jealous ye semua. Tapi tak best la tahun ni birthday aku tak dapat ciuman dari parents terutama dari mak T_T. Namun, mak kata  nak bagi hadiah tapi mak kata kalau nak hadiah kena tunggu balik rumah dulu. Dah la cuti midsem ni aku tak balik T_T. Tunggu bulan 5 laa jawabnya. Aku rasa sampai sini je kut untuk coretan kali ini. Jika dipanjang umur lagi, bolehla aku bercerita lagi.


Semoga bermanfaat. Wallahua'lam :)