Tuesday 22 April 2014

Bukan tak nak tegur, tetapi.....


Assalamualaikum, 




Awak, saya selalu nampak awak dengan telefon awak, saya tak tahu awak buat apa,tetapi pada suatu hari, saya nampak telefon awak berdering. Saya nak angkat, tetapi tak jadi apabila saya lihat nama yang tertera:


" Hubby bee calling."

Saya pelik, bila pula awak kahwin ni? Awak perasan saya pegang telefon awak lalu dengan cepat awak ambil dan kata:

"Kenapa? Tak boleh ke couple?"

Tanpa sempat saya menjelaskan awak sudah melarikan diri, awak bukan sahaja melarikan diri daripada saya, awak juga bermasam muka dengan saya walhal saya tak buat apa-apa pun. Mungkin awak terasa dengan tazkirah saya berkaitan dengan couple.

" HARAM COUPLE sekiranya tiada niat untuk berkahwin."

Awak, bukan saya tak mahu tegur, saya cuba untuk slow talk dengan awak, saya berbicara tentang tak elok couple, tetapi apa tindak balas awak?

" Suka hati saya lah nak buat apa pun, hidup saya, bukan hidup awak."

Memang hidup awak, tetapi saya tak mahu suatu hari nanti awak datang berjumpa denga saya di akhirat kelak dan menyalahkan saya:

" Kenapa awak tak tegur saya dulu?"




Awak, bukan saya tak mahu tegur awak, tetapi hati awak yang terlalu sensitif membuatkan saya jadi takut untuk menegur, saya takut teguran saya mengguriskan hati awak.

Awak, saya tengok awak semakin lama semakin jauh dari sejadah,jarang sekali saya nampak awak solat, tetapi apabila saya ajak awak solat, awak cakap apa?

" Itu urusan saya dengan Tuhan, awak nak solat, solatlah, tak payah panggil saya."

Awak, solat tu perkara wajib, jangan mudah-mudah menolak apa yang ALLAH suruh, boleh jadi ALLAH murka nanti.

Awak,saya tengok baju awak semakin lama semakin kecil, saya cuba hadiahkan baju yang lebih besar untuk awak kerana saya fikir awak memerlukannya, tetapi awak cakap apa dekat saya?

" Awak nak sindir saya ke bagi pakai baju besar? Tak suka cara pemakaian saya, tak payah tengok!"

Saya tidak ada niat untuk menyindir pun, tetapi saya hanya mahu membantu sahabat saya daripada dipandang liar oleh lelaki diluar sana.

Awak, saya selalu nampak awak berdua-duaan dengan kekasih awak, apabila saya tegur awak tentang ikhtilat, awak cakap apa?

" Eh, jangan kacau boleh tak? Aku dengan dia tak buat apa-apa pun! Kau susah kenapa ke?"

Awak, saya bukan susah, tetapi saya takut syaitan menghasut awak nanti, Syaitan sekarang semakin lama semakin kuat menghasut, saya tak nak awak terjebak dalam lembah kemaksiatan.

Awak, jangan marah kalau saya tegur, tetapi terimalah dengan hati yang terbuka kerana mungkin ALLAH menghantar saya untuk menegur awak dengan harapan awak berubah suatu hari nanti.

Hanya satu sahaja cara saya yang awak takkan sanggah kembali iaitu berdoa dalam hati, dengan harapan ALLAH makbulkan doa saya.






Semoga bermanfaat. Wallahua'lam :)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komennya. :)