Tuesday 16 December 2014

Lelaki ketahuilah ...

Apabila seorang perempuan telah jatuh cinta
Lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
Tetapi lelaki itu adalah segalanya dihatinya

Lelaki ketahuilah…
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata
Itu bukan bermakna dia lemah tetapi dia sedang mencari kekuatan
Untuk terus tabah mencintai lelaki itu.
Lelaki ketahuilah…
Apabila seorang perempuan marah
Memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
Tapi percayalah, itu maknanya
Dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh
Tetapi percayalah,
Semakin bertambah sayang mereka pada seseorang
Semakin banyak pula pertelingkahan yang berlaku




Lelaki ketahuilah…
Apabila perempuan bercakap banyak
Dia tidak pernah bermaksud untuk membuatkan anda rimas
Tetapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat
Lelaki ketahuilah…
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah
Itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya
Tetapi dia mahu jadikan anda lebih baik bukan untuk dirinya
Tetapi untuk masa depan anda
Lelaki ketahuilah…
Apabila perempuan cemburu dan tidak mempercayai anda
Bukan bermakna dia tidak sayang tetapi dia terlalu sayangkan anda
Dan masih menganggap anda anak kecil
Yang masih memerlukan sepenuh perhatian
Kadang kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya
Anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi
Naluri keibuannya sangat kuat
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda
Lelaki ketahuilah…
Apabila perempuan merajuk jangan kata dia mengada-ngada
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen
Tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai
Lelaki ketahuilah…
Bila ada seseorang perempuan yang sanggup melepaskan semuanya
Hanya kerana iklas bersama kamu dan sanggup hidup dalam kesusahan 
Kerana ingin menjaga hatimu dan tidak sanggup melihatmu marah itu
Adalah kerana sifat setianya
Lelaki ketahuilah…
Apabila perempuan mengatakan dia rindu sama kamu
Dia memang benar benar maksudkannya
Apabila berjauhan, bayangmu akan sentiasa bermain di mata
Lelaki ketahuilah…
Apabila perempuan menjadi degil
Dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
Tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dgn karenahnya
Percayalah, hati perempuan itu lembut
Jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat
Lelaki ketahuilah…
Apabila perempuan berkata “tinggalkan saya”
Dia tidak bermaksud untuk menyuruh anda pergi selamanya
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja
Apabila dia kembali tenang
Percayalah dia akan mencari kamu semula
Itu tandanya dia benar benar menyintai kamu
Perempuan sukar mengawal perasaan, dia terlalu emosional
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
Dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda
Lelaki ketahuilah….
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu 
Dengan perbezaan tesendiri
Tetapi sekiranya mereka saling memahami
Mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan
Perempuan itu dicipta oleh Allah indah sekali
Disebalik air matanya tersimpan seribu kekuatan
Yang menjadikan seorang lelaki itu berasa selamat bersamanya
Biarpun zahir perempuan itu nampak lemah
Tapi dia punyai kekuatan sendiri yg bisa mengoncang dunia
Dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
Kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
Tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
Dan membuat hidup anda lebih sempurna ...






2 comments:

  1. Jika saudara berdepan dengan perempuan seperti ini, sanggupkah saudara sabar dengan kerenahnya. Mudah untuk melafazkan tetapi sukar sekali untuk menghadapinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika dengan bersabar untuk membawa kebaikkan untuk diriku dan dirinya, aku akan bersabar sampai ke syurga

      Delete

Terima kasih atas komennya. :)