Friday 3 January 2014

Rasulullah Suka Makan Apa ?





Assalamualaikum,

Hari ni aku nak cerita pasal makanan. Haa, semua pernah makan kan? Siapa yang tak pernah makan? Kalau pernah makan, sudah semestinya ada favourite food korang yang tersendirikan? Begitu juga Rasulullah, Baginda juga ada makanan kegemaran tersendiri. Jom kita tengok !





1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup. 




2. Kurma – Rasulullah SAW bersabda "Rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan" 




3. Buah Tin – “Sekiranya aku katakan, sesungguhnya buah yang turun dari syurga, maka aku kata’, “inilah buahnya” (tin), sesungguhnya buah syurga tiada keraguannya”. (HR Abu Darda; Suyuti).




4. Anggur – RAsulullah SAW suka makan buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang dan membersihkan perut. 



5. Madu – Rasulullah SAW bersabda "Barang siapa yang menelan (minum sedikit) madu tiga kali (di waktu pagi) setiap bulan, ia tidak akan terkena penyakit teruk”




6. Tembikai – Rasulullah SAW bersabda "Wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karakter dan wajahnya" 



7. Susu – Rasulullah SAW bersabda susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata dan membuang kelupaan. 




8. Cendawan – Rasulullah SAW bersabda bahawa cendawan ialah ubat yang baik untuk mata; ia juga bertindak sebagai kawalan kelahiran dan menahan daripada lumpuh.



9. Minyak Zaitun – Rasullullah SAW bersabda: “Makan dan berminyaklah dengan zaitun karena ia berasal dari pohon yang diberkati (HR. Tirmidzi)”.




10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari. 



11. Cuka –  Rasulullah SAW bersabda "Sebaik-baik lauk bagi kamu adalah cuka"




12. Air – Rasulullah SAW bersabda "Minuman terbaik di dunia ini adalah air"






Sebenarnya banyak lagi hadis-hadis tentang makanan Rasulullah tetapi aku cuma letakkan satu contoh je setiap makanan. Lain lain kalau aku berkelapangan, In Shaa Allah aku akan tulis tentang kelebihan dan hikmah setiap satu daripada makanan kegemaran Nabi ini. Jadi teruskan mengikuti perkembangan ! Hehe.





Kesimpulan, kalau kita cinta pada seseorang kita sanggup stalk apa yang dia suka terutama sekali makanan kegemaran dia untuk diberi padanya. Jadi, kalau kita cinta pada Rasulullah saw, apa salahnya kita makan makanan kegemaran Baginda walaupun kita tak dapat beri pada Baginda. Akhir kata akhir kalam, cintailah Nabi kita.




Semoga bermanfaat. Wallahu A'lam :)


4 comments:

  1. wah menarik. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ilmu tu memang menarik. lagi menarik jika diamalkan

      Delete
  2. a great entry .keep it up ustaz :)

    ReplyDelete
  3. setuju. ilmu tanpa amal itu ibarat melukis di atas pasir. :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komennya. :)