Wednesday 1 January 2014

Perlukah Azam Baru ??



Assalamualaikum wbt.

Selamat tahun baru 2014 !! Seperti biasa kalau dengar tahun baru je, masing-masing sibuk dengan azam baru. Ini normal, dah buasa dah dengar. Bahkan di zaman sekolah lagi. Bila hari pertama sekolah je cikgu tanya "Apa azam baru kamu?''. Tanya murid yang duduk depan sampai ke belakang nun. Kepada pelajar yang ambil exam besar tahun ni seperti UPSR dan SPM (sorry PMR sudah dimansuhkan) sudah semestinya nak result yang gempak-gempak lagi mengempakkan. Adakah azam hanya sekadar azam? Azam tahun lepas dah settel ke belum? Haaaa. Itu yang kita musykil tu. Haha.





Perlukah kepada azam dan minda yang baru menjelangnya tahun baru? Secara umumnya, sebagai seorang individu, kita perlu sentiasa berfikiran positif dan sentiasa juga mahu maju ke hadapan dalam melakukan apa saja perkara yang baik. Sebagai umat Islam pula, kita digesa untuk sentiasa bermuhasabah dengan memperbaiki diri dan amalan dalam kehidupan. Ini kerana seorang individu muslim yang baik adalah mereka yang sentiasa berusaha untuk menjadi individu yang terbaik. 


Cikgu aku pernah cakap; 
"Siapa yang hari ini lebih baik daripada semalam, maka beruntunglah dia. 
Siapa yang hari ini sama seperti semalam, maka rugilah dia. 
Siapa yang hari ini lebih teruk daripada semalam, maka celakalah dia."

Matlamat ke arah kebaikan pula tidak tertumpu hanya pada waktu yang tertentu sahaja seperti menjelang tahun baru dan sebagainya, bahkan ia dituntut berlaku pada setiap masa. Tapi ia tak menjadi kesalahan pun. Malah setiap masa itu perlu dipenuhi dengan azam yang kental untuk menjadi yang terbaik. Ia bertepatan dengan sebuah hadis Rasul S.A.W di mana Allah lebih suka kepada seorang muslim yang melakukan apa jua perkara secara sempurna dan teratur, malah sentiasa pula berusaha untuk memperbaiki usahanya pada masa. Dalam erti kata lain adalah ISTIQAMAH.




Terdapat beberapa perkara asas yang perlu dihayati, yang merupakan tunggak dalam proses untuk berubah ke arah kebaikan. 

  • Pertamanya, kesedaran untuk berubah. Seseorang itu perlu menyedari mengapa ia perlu berubah. Contoh paling mudah, seorang pelajar yang malas tidak mungkin menjadi rajin sekiranya ia tidak menyedari kemudharatan atau kemanfaatan menjadi, lebih-lebih lagi jika ia telah sebati sekian lama dalam dirinya. 

  • Kedua, kesanggupan untuk berubah. Terdapat ramai pelajar telah ingin menjadi rajin tetapi tidak atau belum sanggup lagi untuk menjadi rajin kerana pelbagai faktor, antaranya tidak sanggup untuk meningglkan kenikmatan bermain berbanding belajar.

  • Ketiga, berniat tegas untuk berubah dalam jangka waktu yang telah ditetapkan. Contaoh paling mudah, kita perlu menghukum diri sendiri sekiranya terlalu malas.



Pesanan dari aku sikit untuk pelajar-pelajar khususnya yang ada exam besar tahun ni. Memang tak salah korang pasang azam nak straight A's. Tapi kena ingat kejayaan yang besar merupakan gabungan kejayaan-kejayaan kecil yang pernah korang kecapi. Kalau korang nak berjaya hari ni, sepatutnya korang perlu berjaya dari semalam lagi, dari bulan lepas lagi, dari tahun lepas lagi. Tapi bukan maksud aku yang tak pernah berjaya tak boleh berjaya, aku cuma nak cakap bahawa orang yang berusaha akan beroleh kejayaan juga akhirnya, cuma cepat atau lambat sahaja. 




Semoga berjaya. Bittaufiq Wannajah! Wassalam :)


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komennya. :)